0

Tembakau asal dari kencing Iblis??MUST READ until END

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” .

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”


Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)
Kepada rakan-rakan ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini

Sumber : 1) http://nelayan-lautdalam.blogspot.com

Nota :
Hadis di atas palsu dan sengaja direka cipta kerana pelbagai alasan.Hujah-hujah mengapa hadis palsu adalah seperti berikut:

1) palsu, tembakau cuma ditemui oleh penjajah sepanyol ketika mendarat di latin amerika sekitar abad ke 16M. kaum latin amerika yg pertama kali menanam tembakau.

2) Hadis ini adalah palsu.Ia tidak diriwayatkan dalam mana-mana kitab hadis, yang sahihnya atau yang dha`ifnya.
Ia adalah satu pembohongan yang keji atas nama Nabi. Haram menyebarkannya.

3) jika wujud hadith yg spefisik dan sahih dalam bab merokok, maka mudahlah Majlis Fatwa kebangsaan memfatwakan haramnya merokok…sampai sekarang, MFK belum lagi gazzette fatwa keharaman rokok kerana faktor terbesar ialah tiada larangan khusus dalam AQ & AS. ia cuma Qias sahaja dan lapuran sains klinikal sahaja

4) penulis buku HARAM MEROKOK ini iaitu Adil Akhyar pernah menulis buku mengenai “poligami tidak sunnah” ( nonsense ? )

5) Manuskrip setua mana sekalipun memang tidak dikira. Jika tidak sudah tentu para huffaz meriwayatkannya. Hadith ini juga tidak ditemui dalam karya hadith sahih, da’if, dan mawdu’ (palsu).

Read more: http://www.suarabawahtanah.com/2011/04/hadis-mengenai-hukum-merokok-sebenarnya.html#ixzz1KJpROnzK

Pengharaman rokok bukan datang dari hadis Nabi secara direct. Lebih kurang seperti dadah. Tapi adalah Fatwa yang dikeluarkan ulama’2 berdasarkan dalil aqli(akal, perbandingan) dan naqli(Hadis, Al-Quran).

Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur.
* Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz
* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad Umar Hashim (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.



0

HARI MEMPERINGATI AL-QUDS (21 OGOS)

Hari Al-Quds Sedunia disambut sebagai tanda memperingati tragedy pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos setiap tahun. Hari Memperingati Al-Quds ini boleh tercetus apabila pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (Mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Malah, pihak bomba juga tidak hadir untuk menghulurkan bantuan.

Tetapi Allah s.w.t. telah menyelamatkan Masjid Al-aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan. Setelah itu orang-orang yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah s.w.t. untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria.

Kemudian, yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’. Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-aqsa. Maka, sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-quds seduania.


MEMPERINGATI AL-QUDS DAN SOLIDARITI MALAYSIA


1.Sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi Negara Malaysia telah mempamerkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meskipun tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran.

2.MATA (Majlis Agama Tinggi) ditubuhkan pada tahun 1947 yang memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya perjuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas.

3.Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia mengemukakan deraf resolusi (ASPC/L.116) menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah.

4.Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah Negara Islam bertemu di ibu Negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa dan telah meluluskan beberapa resolusi iaitu:
   *· Mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam
       pencerobohan pada tahun 1967.

   *· Menggesa Negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangani keadaan yang amat
       genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek.

5.Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal kea rah penubuhan OIC ( Organization of Islamic Conference).

6.Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid Al-aqsa.

7.Peristiwa ini merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama yahudi yang fanatic dan pendatang yahudi yang bersekongkol dengan rejim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid Al-aqsa.

8.Tindakan jahat itu telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ( Mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan 2, Maghribi untuk mengadakan siding kemuncak Negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi:
     *· Untuk menyatukan seluruh Negara-negara Islam kea rah memastikan pengunduran Israel dari wilayah
         Palestin.

     *· Menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitu Maqdis
         sebagai ibu Negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh Negara
         Islam.

9.OIC ditubuhkan secara rasmi di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

10.Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak siding kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa.


11.Setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982.
kubah As-sakrah

Masjid Al-Aqsa
0

Air Mata Perjuangan


WASIAT SAYYID QUTB
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna kita telah dijanjikan Allah dengan dua kemuliaan
Tergugur syahid di medan perjuangan
Atau meraih kemenangan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Kita pasti berjaya
Seandainya kau tangisi kematianku
Janganlah tangisan itu mematahkan semangat perjuanganmu
Kerna perjuangan memerlukan pengorbanan
Kerna pejuang tak mengenal kerehatan
Aturkanlah langkahmu dengan penuh keimanan
Suburkanlah jiwamu dengan segala keyakinan
Teruskanlah perjuanganmu itu
Jangan ragu-ragu dalam perjalananmu
Teruskanlah, yakinilah, teruskanlah, yakinilah
Islam pasti berjaya
Relakanlah pemergianku ini
Iringiku dengan seribu doa
Semoga kita kan berjumpa semula
Di taman Syurga yang indah


* Nasyid dendangan Usrah al-Wadi Mesir pada tahun 1995 iaitu Wasiat Sayyid Qutb
Ya Allah teguhkan aku dijalanmu..Menegakkan obor-obor yang ditinggalkan untuk diwarisi.

0

Nuzul Alquran & Ibrah Badar 313

Alhamdulillah
Kita dah sampai di fatrah kedua Ramadhan..17 Ramadhan merupakan detik bersejarah didunia dan spesifik kepada Agama Islam..2 peristiwa yang sepatutnya diketahui,diingati dan didalami ibrah dan maksud disebaliknya.
NUZUL AL-QURAN
Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.
Gua Hira'-tempat turunnya wahyu pertama
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).


Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)


Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
1)Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
2)Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
3)Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.



BADAR 313
Badar!!!Badar!!! 313..nombor penting dalam sejarah peperangan badar..Perang disaat baru bermula sirna Islam dibawah Nabi Muhammad..
Mengapa perang ini begitu istimewa?
Kubur Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib, penghulu para Syuhadak, Singa Allah dan Singa RasulNya. Beliau berjaya membunuh beberapa saudara mara lelaki Hindun, isteri Abu Sufian didalam Perang Badar. (Foto: Bukit Pemanah, Uhud, Madinah)
*Pertama, karena Perang ini Rasulullah beserta pasukannya mengalami kemenangan meskipun hanya berjumlah 313 orang sahabat (terdiri dari 82 Muhajirin, 61 dari suku Aus dan 170 dari suku Kharaj) serta pasukan kaum muslimin hanya memiliki dua ekor kuda dan 70 ekor unta, bahkan satu ekor dinaiki sampai dua tiga orang.
*Kedua, baginda mengadakan mesyuarat terlebih dahulu sebelum berangkat ke Badr, sesungguhnya tindakan baginda itu tidak sedikitpun mengurangkan kedudukannya sebagai seorang pemimpin tertinggi umat Islam dan perkara bagi menentukan nasib para tawanan yang berjumlah seramai 70 orang, baginda meminta pandangan dua orang sahabatnya yang terdekat iaitu Saidina Abu Bakr dan Saidina Omar Bin al-Khattab untuk menyelesaikan masalah tersebut.
*Ketiga, peranan doa yang diajarkan oleh baginda menjadi teras dan pemangkin sebelum sesuatu tindakan dibuat, ia bertujuan untuk mendapatkan keredaan dan restu Allah.
*Keempat, walaupun menghadapi suasana getir dalam peperangan, ia sedikitpun tidak mengalang umat Islam daripada terus berpuasa, apatah lagi ia merupakan arahan Rasulullah dan pelengkap kepada rukun Islam yang lima.
*Kelima, jumlah yang sedikit bukan ukuran untuk mudah dikalahkan, yang penting kesungguhan, keutuhan jati diri, kerjasama dan perancangan yang hebat menjadi penentu kepada sesuatu kejayaan.
*Keenam, kepatuhan kepada arahan pimpinan yang tidak berbelah bagi dalam perkara yang tidak menyanggah agama, menjadi faktor utama keberhasilan mendapatkan kejayaan.
*Ketujuh, mengetahui sumber peralatan perang pihak musuh seperti pengetahuan Nabi terhadap bilangan unta yang dimiliki tentera Quraish boleh membantu melancarkan strategi peperangan.
*Kelapan, menghantar wakil bertemu pihak musuh dari kalangan individu yang hebat seperti Saidina Hamzah, Saidina Ali boleh menggerunkan pihak musuh, kerana mereka beranggapan bahawa pihak umat Islam memiliki pasukan perang terkuat yang sukar dikalahkan.
*Kesembilan, menghalakan niat dan matlamat perang menghadapi musuh adalah kerana Allah dan meninggikan syiar-syiar agama-Nya, bukan atas tujuan meraih harta dan habuan dunia yang melalaikan.
*Kesepuluh, cara berfikir yang bernas patut dilontarkan ketika mengadakan sesuatu perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian seperti yang dilakukan oleh Abu Bakr dan Omar bagi menyelesaikan isu tawanan perang. Kesebelas, sebagai seorang Nabi, baginda tidak sedkitpun rasa malu untuk menerima pandangan dari sahabatnya yang bukan bertaraf Nabi atau Rasul dalam isu-isu tertentu bagi mencari jalan penyelesaiannya.
*Keduabelas, sesungguhnya banyak pengajaran positif yang perlu diambil kira oleh setiap individu muslim yang cintakan agamanya ke arah satu tahap kekuatan dalam pelbagai aktiviti harian hidup mereka.

0

Sejarah Di Setiap Tarikh -> RAMADHAN

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

NOTE!! : Nombor di dalam kurungan (..) = tarikh Hijrah

1 Ramadhan:
- (114) Islam tewas dalam perang 'Balathi Syuhada' di bawah pimpinan Abdul Rahman Al Ghafin


2 Ramadhan:
- (82) Kemenangan Islam ke atas pendita wanita barbar.
Pembukaan Maghribi Tengah
- (2) Permulaan kepada Perang Badar.
*info: Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Ali 'Imran ayat 123 hingga 125: Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

3 Ramadhan:
- (9) Rasulullah menerima utusan dari Bani Thaqif.
Abu Sufian dan Mughirah diberi tugas menghancurkan berhala kaum musyrikin.

4 Ramadhan:
- (1) Permulaan panji putih yang dijulang oleh Penghulu Syuhada Saidina Hamzah R.A

5 Ramadhan:
- (5) Persiapan tentera Islam menghadapi peperangan Ahzab

7 Ramadhan:
- (89) Kemenangan Islam di negara Sindi,rajanya bernama Dahir dibawah pimpinan Muhammad bin Al Qosim Al Thaqafi

8 Ramadhan:
- (2) Rasulullah keluar untuk menghadapi kaum quraisy dalam perang Badar Al Kubra

9 Ramadhan:

- (10) Kabilah Hamzani dari Yaman memeluk islam dalam satu hari. mereka solat dibelakang Saidina Ali yang diberi tanggungjawab oleh Rasulullah S.A.W
*info: Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
- (16) Kemenangan Islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqos.
tentera islam seramai 10000 orang, tentera parsi 120000 orang
- (39) Kemenangan Islam dan pembukaan kepulauan Rodos,berdekatan Itali
- (91) Kemenangan Islam di bawah pimpinan Thoriq bin Zaid ke atas raja Rudrik di Sepanyol
- (361) Sempurnanya pembinaan jamiah Al Azhar.
- (549) Islam mendapat semula sebahagian daripada Sofad(satu kawasan di palestin) dari tentera Salibiyyah di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi.
- (559) Tentera Islam di bawah pimpinan Nuruddin Az Zanki mendapat kembali negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salibiyyah

10 Ramadhan:
- (8) Pembukaan kota Mekah.

- (1393) Kemenangan Islam ke atas Zionis dalam perang 6 Oktober yang melibatkan negara Mesir.
*info: Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.

Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.

Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.

Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Dalam perang Mesir- Israel itu, Sheikh Azhar waktu itu bernama Shelkh Abdul Halim Mahmud mendapat mimpi bahawa Kubu Israel yang didakwa KEBAL itu akan dapat dijatuhkan jika menggunakan pacutan air. Maka askar Mesir telah membawa paip-paip besar ke medan perang, lalu memancutkan air ke arah kubu itu. Akhirnya, kubu itu berjaya ditawan.

11 Ramadhan:
- (14) Kemenangan Islam ke atas Parsi dalam perang buih di Iraq,Parsi diketuai oleh Panglima Mahran.

12 Ramadhan:
- (32) Saidina Al Abbas bin Abdul Mutalib meninggal dunia.

13 Ramadhan:
- (9) Kedatangan utusan dari Himyar,Thaif dan Yaman.
Rasulullah telah memuliakan mereka,akhirnya mereka telah memeluk Islam.

14 Ramadhan:
- (666) Kemenangan Islam di bawah panglima Zahir Bibras dan berjaya membuka kota Antokiyyah di Sham.

15 Ramadhan:

- (3) Kelahiran Saidina Hassan bin Ali.
- Peperangan Yakhliz
*info: Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

17 Ramadhan:
- (2) Kemenangan Islam dalam Gazwah(Perang) Badar Kubra. Teguhnya negara Islam Madinah.
- (40) Pengkhianatan dan pencerobohan Khawarij terhadap Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib di Mihraj Masjid Kuffah.
- (58) Ummul Mukminin Saidatina Aisyah bin Abu Bakar As Siddiq wafat.

18 Ramadhan:
- (52) Mangkatnya Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid di Hims.

19 Ramadhan:
- (223) Al Muktasim menyahut pertolongan muslimat yang telah dibuka auratnya oleh golongan kuffar di Ammurah,Turki.

21 Ramadhan:
- (584) Pembebasan Sham/Syria daripada Salibiyyah.

22 Ramadhan:
- (6) Sempurnanya pengutusan pasukan sarayya (pengintip) Zaid bin Harith ke Ummu Qurnah.
- (648) Kemenangan Islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah.

23 Ramadhan:
- (62) Kemenangan kerajaan Islam Hamdaniyyah ke atas tentera tentera Baizantiniyyah di Halab.

24 Ramadhan:

- (658) Kemenangan Islam di bawah pimpinan Al Muzaffar Saifuddin Qutus dalam peperangan dengan Monggol di bawah pimpinan Hulagu.Peperangan ini berlaku di Ain Jalut,Palestin.
* info: Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

25 Ramadhan:

- (8/9) Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala Al Uzza,Amru Al As menghancurkan berhala Suwa', Saad bin zaid Al Asyhali memusnahkan berhala Manat.
*info: Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung Al Uzza di Nakhla.Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, Al Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung Al Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.
- (179) Kemenangan Islam di Yaumul Zulaqoh di Andalus atau Sepanyol.

26 Ramadhan:
- (927) Kemenangan Islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.

27 Ramadhan:

- (13) Penurunan wahyu pertama kepada baginda Rasulullah di Gua Hira'.
*info: Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

28 Ramadhan:

- (92) Perluasan negara Islam di Andalus.
* info: Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

29 Ramadhan:
- (2) Kewajipan zakat ke atas umat Islam.

30 Ramadhan:
- (94) Kemenangan tentera Islam di bawah Panglima Musa bin Nusair dan pembukaan kota Mardah serta kepungan ke atas Salibiyyah.

NOTE: Tiada peristiwa yang berlaku pada tarikh 6,16 dan 20 Ramadhan pada pengetahuan Rider. Kepada yang mengetahui mana2 peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut ATAU tarikh2 yang lain, boleh lah share di ruangan comment ye.. terima kasih semua.



Gambar:Dr.Cinta Punye Belog
0

Doa Diganggu Syaitan



Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita. Diantara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini. Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang,langit, dan apa yang ada disekeliling kita. Perasaan itu datang kerana sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita
SIAPA YANG MENCIPTA ALLAH!!
Awas!! ini adalah suara SYAITAN YANG DIREJAM! SYAITAN YANG DILAKNAT! sepertimana sabda Rasulullah SAW dalam menangani bisikan syaitan ini
baginda menasihatkan kepada umatnya dengan bersabda maksudnya:
"Dari Aisyah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu ia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah akan menciptakan Allah?" Apabila seorang diantara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah ia berkata "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kerana dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya."
(HR. Ahmad dengan sanad hassan)




Ketahuilah syaitan itu akan cuba sedaya upaya menyesatkan akidah
manusia..terutama orang-orang Islam. Dia akan datang membisikkan didalam
hati seolah-olah kita bertanya kepada diri kita sendiri..siapa yang
menciptakan itu, siapa yang menciptakan ini lalu akan membisikkan siapa
yang menciptakan ALLAH.
Dari hadith diatas Rasulullah SAW menyuruhkan mengucapkan doa agar syaitan
itu berlalu pergi. Sesungguhnya Allah itu ada satu tidak pula beranak dan
tidak diperanakkan.
Nasihat ini perlu diajar kepada anak-anak kerana diwaktu sifat ingin tahu
lebih kuat dari kita orang dewasa yang telah mengetahui akan siapa Allah
itu.




0

Ya Zaujati..




"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa". (Al-Furqan ayat 74).
 
Copyright © Inspirasi Kembara