RESOLUSI KHUTBAH JUMAAT
14 SYAABAN 1423H
Alhamdulillah
Seminggu sudah kembali ke Teratak Kuning selepas sekian lama merantau menagih ilmu di bumi
Adat Pepatih..
Hari Jumaat datang lagi.Penghulu segala hari.Bulan syaaban yang penuh kerahmatan.
Jam 12.30 tengahari adalah waktu sibuk unutuk Kaum Adam bersiap-siap untuk ke Masjid.
Aku berniat untuk turun awal hari ini. Harap dapat beriktikaf lama sikit di masjid.
Dengan pecutan Lagenda Z, aku tiba di perkarangan Masjid Pengadang Baru sekitar 7 minit perjalanan.
(Antara Masjid Pilihan Masyarakat)
Khutbah jumaat kali ini sangat istimewa,IMAM MUDA FAKHRURRAZI HUSSAIN menjadi khatib tamu.Seperti semua maklum,beliau memang berasal dari negeri PENYU ini.
Tajuk khutbah kali ini..
TAQWA
Hanya 1 patah perkataan,2 suku kata..
Tapi besar maknanya untuk kita sebagai seorang muslim.
" Laungan " TAQWA " menjadi rukun khutbah Jumaat...Tapi berapa ramai diantara kita yang keluar dari medan solat ini dalam kedaan taqwa!!! ,laungan yang tetiba menyentap hati.
" Mereka keluar dari medan solat dan melakukan maksiat kepada ALLAH SWT ",tambah khatib muda itu.
Memang meremam bulu roma,muhasabah diri.....
"Sekarang TAQWA diletakkan didalam kotak yang sangat kecil dan diletakkan didalam kotak yang besar lagi luas"
Masyarakat telah menyempitkan ruanglingkup TAQWA..
Orang bertaqwa begitu sensitif dengan dosa. Bahkan mereka sentiasa merasa berdosa walaupun tidak terlibat dengan dosa. Justeru mereka sentiasa melazimi taubat. Dan taubat mereka akan sentiasa diterima.
“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan kamu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Al Anfal: 29)
Ramai masyarakat diluar melihat istilah TAQWA ini hanya dengan istilah TAKUT..Konsep yang disempitkan dengan kejahilan diri..
Di dalam Kitab Minhajul Abidin, Imam Ghazali menyenaraikan makna taqwa mengikut Al Quran:
Perasaan takut dan hebat.
“Dan kepadaKulah kamu harus takut.”
“Takutlah kamu pada hari dikembalikan kepada Allah.”
Bakti dan Tunduk.
“wahai sekalian orang-orang beriman berbaktilah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar bakti.”
Bakti dan Tunduk.
“wahai sekalian orang-orang beriman berbaktilah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar bakti.”
Membersih hati daripada dosa.
“Sesiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya, dan takut kepada Allah serta taqwa kepada-nya maka mereka adalah orang-orang yang beruntung.”
“Sesiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya, dan takut kepada Allah serta taqwa kepada-nya maka mereka adalah orang-orang yang beruntung.”
Jadi, kesimpulan rengkas erti taqwa melalui ayat Quran tersebut adalah taat, takut juga membersihkan hati daripada sebarang kederhakaan. Sebenarnya banyak lagi erti taqwa yang boleh diambil dari al Quran. Antaranya ialah tauhid dan iman, taubat, meninggalkan maksiat dan ikhlas.
Justeru, taqwa itu bolehlah disifatkan sebagai himpunan segala sifat-sifat kebaikan (mahmudah) sama ada yang zahir ataupun yang batin. Rasulullah saw bersabda:“Hendaknya kamu bertaqwa sebab ia adalah kumpulan segala kebaikan, dan hendaknya engkau berjihad karena ia sikap kependetaan seorang muslim, dan hendaknya engkau selalu berdzikir menyebut nama Allah karena dia cahaya bagimu” (HR. Ibnu Dharis dari Abu Said Al-Khudhari).
Dalam sebuah hadith yang lain
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."
Mafhumnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
P/s: Akhir kata dari admin(aku),marilah sama-sama kita sujud dan bersama menadah tangan memohon keampunan kepada Allah SWT.
Terlalu banyak keseronokan dunia yang mengulit kita sehingga membuatkan kita lupa tentang asal usul kejadian dan tujuan kita yang sebenar..
Terlalu banyak keseronokan dunia yang mengulit kita sehingga membuatkan kita lupa tentang asal usul kejadian dan tujuan kita yang sebenar..
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan daripada Tuhanmu dan kepada Syurga yang luas seluas langit dan bumi yang disediakan untuk
orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 133)








0 comments:
Post a Comment